Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, maka tertubuhnya Kelab Kebajikan dan Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA) pada tanggal 17 Julai 2012.
Bukan itu sahaja, malahan sehubungan dengan itu juga dengan usaha serta inisiatif yang ada pada tenaga penggerak KESMA ini maka kini wujud pula blog KESMA ini khusus sebagai medium penyampai kepada semua warga ahli KESMA terhadap setiap aktiviti serta program yang akan dan bakal dilaksanakan oleh Kelab ini dari masa ke semasa.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, KESMA ini ditubuhkan bagi tujuan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli kelab dan mengeratkan hubungan silaturrahim, semangat 1Malaysia, kerjasama dan persefahaman di kalangan ahli kelab. Selain itu, kelab ini juga menjadi pemangkin kepada perhubungan di antara semua ahli dan pastinya mampu menyumbang kepada semangat setiakawan dan juga tahap perlaksanaan tugas yang lebih mantap dan berkesan.
Saya benar-benar berharap agar blog ini akan sentiasa dioptimumkan penggunaannya agar ia benar-benar mencapai matlamat serta objektif pengwujudannya.
Syabas dan Tahniah sekali lagi, buat semua yang terlibat dan semoga usaha-usaha ini diberkati Allah jua hendaknya.
Sekian dan Wassalam.
PUAN AL-BAISHAH BT. ABD. MANAN
Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur /
Pengerusi KESMA 2012 / 2012
No comments:
Post a Comment