"Buat semua Ahli KESMA yang dikasihi, bersama-samalah kita bersatu hati menyatakan penyatuan dan keikhlasan kita di dalam membentuk satu ikatan yang suci murni ke arah mewujudkan sebuah Kelab yang benar-benar mempunyai hasrat untuk memelihara kepentingan dan kebajikan ahli demi keberterusan dan keharmonian KESMA yang kita miliki. Marilah kita bersama-sama turut serta menjayakan setiap program yang telah direncanakan, dan memastikan agar KESMA ini akan tetap kekal berkembang pesat dan aktif dengan aktiviti bermanfaat demi kemaslahatan serta kebajikan ahli-ahlinya. Baik apapun aktiviti yang dijalankan, tidak akan ada ertinya tanpa sokongan serta penyertaan anda semua. Yang penting ahli-ahli kini ada tempat untuk bernaung tanpa pernah ditinggalkan. KESMA tidak wujud untuk semata-mata mencapai populariti malah tetap memainkan fungsi untuk menyokong penuh apa jua aktiviti serta program yang dilaksanakan demi kepentingan ahli-ahlinya. Dengan itulah KESMA hadir dengan sepenuh keikhlasan hati...."
Rosmaniar Zainudin (Penolong Setiausaha / EDITOR Blog KESMA)
No comments:
Post a Comment